Mahkamah Bangladesh arah tangkap Khaleda Zia

Mahkamah Bangladesh arah tangkap Khaleda Zia

DHAKA, 31 Mac (AFP) – Sebuah mahkamah Bangladesh semalam mengeluarkan waran tangkapan untuk pemimpin pembangkang Khaleda Zia berhubung serangan bom api ke atas sebuah bas yang membunuh dua orang dan mencedera berpuluh yang lain pada tahun lalu, kata pendakwa.

Mahkamah Dhaka menuduh Zia dan 27 pemimpin dan pegawai lain Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) kerana menghasut serangan bom petrol sebagai sebahagian daripada kempen bakar anti-kerajaan.

“Beliau adalah tertuduh utama dalam kes ini,” beritahu pendakwa Shah Alam Talukdar kepada AFP. “Mahkamah mengeluarkan waran penangkapan ke atas beliau dan 27 pegawai kanan lain serta aktivis.”

Ia bukan kali pertama Zia, pesaing politik Perdana Menteri Sheikh Hasina, telah menghadapi penahanan, dan jurucakap BNP Ruhul Kabir Rizvi mengetepikan dakwaan sebagai “tidak masuk akal.”

“Ia bermotifkan politik dan sebahagian daripada komplot untuk menentangnya,” kata beliau.

Serangan berlaku ketika sekatan jalan raya, perkhidmatan kereta api dan jalan air di seluruh negara pada tahun lalu yang diadakan oleh Zia untuk memaksa Hasina meletak jawatan dan membuka laluan kepada pilihan raya baru.