Mahkamah batalkan hukuman mati

Mahkamah batalkan hukuman mati

COLOMBO,19 Okt – Mahkamah tinggi Maldives telah membatalkan hukuman yang belum pernah dijatuhkan sebelumnya iaitu hukuman mati direjam dengan batu ke atas seorang wanita yang disabitkan dengan kesalahan zina, satu jenayah di negara pulau Islam itu, menurut laporan media hari ini.

Wanita itu yang dikenal pasti oleh media tempatan sebagai ibu kepada lima orang anak, didapati bersalah oleh hakim tempatan di pulau terpencil di Maldives, destinasi pelancongan popular yang telah menyaksikan meningkatkan faham pelampau Islam.

Laman berita Haveeru berkata wanita itu telah mengaku melakukan jenayah itu selepas melahirkan di pulau kecil khatulistiwa terpencil, Gemanfushi, kira-kira 400 kilometer selatan bandar Male.

Mahkamah Tinggi membatalkan kes itu malam semalam, dengan mengeluarkan perintah bahawa hakim telah gagal menimbangkan undang-undang serta prosedur Islam di negara itu yang mempunyai 340,000 Islam Sunni, menurut laman sesawang Maldives Independent.

Maldives, destinasi berbulan madu popular Lautan Hindi, mengikut elemen undang-undang Syariah Islam serta juga undang-undang biasa Inggeris.

Seks luar nikah adalah melanggar undang-undang di Maldives, meskipun tegahan itu dikenakan ke atas para pelancong yang mengunjungi destinasi pelancongan kelas tinggi.

Hukuman itu adalah keras meskipun bagi penduduk Maldives yang kerap dijatuhkan ke atas mereka yang melakukan seks luar nikah dengan hukuman sebat secara terbuka.

Bagaimanapun negara itu tidak diketahui pernah menjalankan hukuman mati. Majlis Hak Asasi Kemanusiaan PBB telah berulang kali meminta negara atol Lautan Hindia itu supaya menamatkan menyebat wanita yang didapati bersalah melakukan seks luar nikah.

Pada tahun 2013, kerajaan campur tangan untuk membatalkan penyabitan ke atas mangsa rogol berusia 15 tahun yang telah dijatuhi hukuman sebat 100 kali kerana seks sebelum nikah selepas tentangan keras antarabangsa. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA