Mahkamah belum tentukan nasib penjenayah

Mahkamah belum tentukan nasib penjenayah

BAITULMUQADDIS, 30 Nov (AFP) – Sebuah mahkamah Baitulmuqaddis hari ini telah mendapati dua warga Israel bersalah kerana telah membakar ‘hidup-hidup’ seorang remaja warga Palestin semasa perang Gaza tahun lalu.

Keputusan ini dibuat selepas dua bulan serangan di Palestin dan keputusan mahkamah yang menangguhkan kes suspek utama atas alasan untuk menilai semula keadaan mental pesalah telah mendapat kritikan dari keluarga mangsa dan gerakan Islam Hamas.

Dalam penghakimannya hari ini, dua warga Yahudi Israel yang berada di bawah umur apabila mereka didakwa telah disabitkan bersalah oleh mahkamah atas kesalahan penculikan dan pembunuhan Mohammed Abu Khdeir, 16 tahun pada 2 Julai 2014. Defendan ketiga, seorang penduduk Israel berusia 31 tahun itu dilihat sebagai ketua penjenayah, telah didapati melakukan jenayah, tetapi mahkamah menangguhkan kes beliau selepas peguamnya mengemukakan laporan dalam beberapa hari ini dengan alasan keadaan mental beliau bermakna dia tidak bertanggungjawab terhadap tindakannya.

Suha (kiri), ibu kepada remaja Palestin Mohammed Abu Khdeir, yang terbunuh tahun lepas, berdiri dengan penunjuk perasaan di luar mahkamah daerah di Baitulmuqaddis semalam. – AFP
Suha (kiri), ibu kepada remaja Palestin Mohammed Abu Khdeir, yang terbunuh tahun lepas, berdiri dengan penunjuk perasaan di luar mahkamah daerah di Baitulmuqaddis semalam. – AFP

“Mahkamah berhaluan sehala dengan orang-orang Arab dan cara lain dengan Yahudi,” kata Hussein Abu Khdeir kepada pemberita di luar mahkamah, menggelar saat akhir laporan psikiatri oleh peguam Yosef Haim Ben-Daud sebagai ‘menipu’ dan bertanya mengapa ia tidak dikemukakan sebelum ini .

Abu Khdeir telah diculik dan dibunuh seminggu selepas penculikan dan pembunuhan tiga remaja Israel di Tebing Barat. Kejadian itu adalah sebahagian daripada lingkaran keganasan yang membawa kepada perang 50 hari di Semenanjung Gaza antara Israel dan pejuang Palestin.

Peperangan ini membunuh lebih daripada 2,200 orang, menjadikan 2014 tahun yang paling berdarah dalam konflik Israel-Palestin, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.