Mahkamah benar bina masjid di Bendigo

Mahkamah benar bina masjid di Bendigo

SYDNEY, 16 Dis (dpa) – Usaha melalui perundangan untuk menghalang cadangan pembinaan masjid di sebuah bandar di Australia ditolak oleh mahkamah hari ini, selepas mencetuskan kontroversi selama berbulan-bulan termasuk pertempuran ganas di antara kumpulan pro dan anti Islam.

Mahkamah Rayuan negeri Victoria menolak tuntutan sebahagian penduduk bahawa kewujudan masjid akan memberikan impak sosial negatif ke atas bandar Bendigo, di bahagian tengah Victoria.

Mahkamah menyifatkan tuntutan itu sebagai “berlebih-lebihan dan tidak berasas” serta membuat keputusan yang memihak kepada kebebasan mengamalkan agama masing-masing.

Gambar fail reka bentuk masjid yang bakal dibina di bandar Bendigo demi kemudahan penganut Islam menunaikan ibadah. – Agensi
Gambar fail reka bentuk masjid yang bakal dibina di bandar Bendigo demi kemudahan penganut Islam menunaikan ibadah. – Agensi

Bendigo mempunyai penduduk lebih 110,500 orang, dengan sejumlah kira-kira 300 orang adalah penganut Islam. Mereka pada ini menunaikan solat di sebuah bilik kecil sebuah kampus universiti tempatan.

Sekumpulan penduduk mengemukakan tuntutan di mahkamah membangkang rancangan pembinaan masjid itu, termasuk mendakwanya akan menjurus kepada usaha “islamisasi Bendigo.”

Bandar tersebut kemudian menjadi tumpuan perhimpunan bantahan oleh kumpulan nasionalis dan kumpulan anti-penghijrah dan ia kemudian disusuli pula dengan perhimpunan besar-besaran oleh penyokong bai pembinaan masjid tersebut.