Mahkamah benarkan pelombong tuntut berjuta dolar

Mahkamah benarkan pelombong tuntut berjuta dolar

JOHANNESBURG, 13 Mei (AFP) – Ribuan pelombong emas Afrika Selatan dan keluarga-keluarga mereka boleh mengejar tindakan kelas berjuta-juta dolar terhadap syarikat-syarikat perlombongan atas penyakit pernafasan maut yang dijangkiti di tempat kerja, seorang hakim memutuskan hari ini.

Keputusan itu membuka laluan bagi pelombong sekarang dan bekas pelombong untuk menyaman kira-kira 30 syarikat bagi kerosakan-kerosakan menghidap silicosis daripada bekerja dalam keadaan berbahaya di bawah tanah sejak berdekad-dekad lamanya.

Kebanyakan pelombong dijangkiti silicosis, yang belum ada rawatan, berpunca daripada menghidu silika sementara menggerudi batu. Simptom-simptom termasuk batuk dan sesak nafas, dan penyakit itu sering membawa kepada tuberkulosis dan kematian.

“Kami memegang pandangan bahawa dalam konteks kes ini, tindakan undang-undang adalah satu-satunya pilihan yang realistik,” Hakim Phineas Mojapelo memberitahu Mahkamah Tinggi di Johannesburg.

“Ia hanyalah satu-satunya peluang untuk sedar akan hak akses ke mahkamah-mahkamah yang disediakan oleh perlembagaan.”

Dalam satu kes berasingan di Afrika Selatan tahun ini, kira-kira 4,000 mangsa silicosis dan keluarga mereka memenangi pembayaran AS$32 juta dari gergasi perlombongan Anglo American dan Anglo Ashanti.

Afrika Selatan adalah salah satu negara peneraju dunia yang menghasilkan emas dan amalan kesihatan buruh yang longgar ketika era-apartheid telah menyumbang kepada penyebaran penyakit-penyakit berkaitan kerja itu.

ARTIKEL YANG SAMA