Mahkamah bidas Jacob Zuma

Mahkamah bidas Jacob Zuma

JOHANNESBURG, 31 Mac (AFP) – Presiden Jacob Zuma telah melanggar perlembagaan dalam menggunakan dana awam untuk meningkatkan kediaman peribadinya dan diarahkan untuk membayar semula wang tersebut, arah mahkamah tinggi Afrika Selatan hari ini, mencetuskan gesaan bagi pendakwaannya.

Mahkamah Perlembagaan menjatuhkan keputusan ke atas kelakuan Zuma selepas sebuah kolam renang, kandang ayam dan lembu, amfiteater yang dibina di rumah ladangnya di bandar yang digelar langkah ‘keselamatan’.

Presiden itu ingkar dengan arahan pegawai rasmi wanita yang mengarahkannya untuk membayar semula wang yang digunakan atas kegunaan peribadinya itu, yang menjadi simbol tuduhan rasuah dan tamak dalam parti pemerintahan Kongres Nasional Afrika (ANC).

Zuma ‘gagal untuk mendukung, mempertahankan dan menghormati perlembagaan itu sebagai undang-undang agung hartanah,” kata Hakim Besar Mogoeng Mogoeng dalam pertimbangan yang cukup keras.

Teguran yang tidak pernah berlaku dahulu itu muncul ketika Zuma mempertahankan dirinya atas pertuduhan berasingan bahawa sebuah keluarga India yang kaya telah mempengaruhi pelantikan menteri dalam skandal yang menggoncangkan kerajaannya.

Hakim Besar Afrika Selatan, Mogoeng Mogoeng (tiga kiri, duduk barisan atas) ketika menjatuhkan keputusan ke atas Presiden Jacob Zuma berkaitan kediaman peribadinya di Johannesburg, pada 31 Mac. – AFP
Hakim Besar Afrika Selatan, Mogoeng Mogoeng (tiga kiri, duduk barisan atas) ketika menjatuhkan keputusan ke atas Presiden Jacob Zuma berkaitan kediaman peribadinya di Johannesburg, pada 31 Mac. – AFP

Zuma juga telah dibadai dengan ekonomi negara yang merosot teruk.

Pendakwa raya awam Thuli Madonsela, pegawai rasmi wanita negara, mengatakan pada 2014 Zuma telah ‘mendapat manfaat melampau’ dengan kerja-kerja pengubahsuaian di kawasan hartanah di wilayah KwaZulu-Natal, dan dia seharusnya membayar semua wang-wang tersebut.

Presiden bertindak dengan mengarahkan dua penyiasat kerajaan untuk membersihkan namanya – termasuk laporan daripada menteri polis yang disimpulkan bahawa kolam renang itu adalah langkah berjaga-jaga bagi membasmi kebakaran.

Mogoeng mengatakan hari ini yang Zuma ‘perlu membayar secara peribadi jumlah yang ditentukan oleh perbendaharaan negara’.

Kerja-kerja itu bernilai sekitar 216 juta rand (pada ketika itu AS$24 juta) pada 2014.