Mahkamah India batal pengharaman mi Maggi

Mahkamah India batal pengharaman mi Maggi

MUMBAI, 13 Ogos – Sebuah mahkamah India hari ini membatalkan pengharaman kerajaan terhadap produk mi Maggi popular keluaran Nestle, tetapi mengarahkan agar ujian lanjutan dilakukan sebelum produk tersebut boleh kembali ke pasaran.

Nestle merujuk ke mahkamah untuk mencabar pengharaman seluruh negara yang diarahkan oleh pemerhati keselamatan pemakanan India pada Jun lepas setelah ujian dijalankan oleh beberapa negara mendapati tahap plumbum melebihi had undang-undang.

Gergasi makanan Switzerland itu telah sentiasa mengekalkan produk itu selamat untuk dimakan, dan telah berterusan menjualnya di negara-negara lain.

Dalam pengadilannya, mahkamah tinggi di bandar barat Mumbai menyifatkan larangan tersebut “sembarangan” dan berkata ia melanggar “prinsip keadilan negara”.

“Kami telah memeriksa bukti tersebut secara terperinci. Sejak pemohon Nestle bersetuju untuk tidak membuat dan menjual Maggi sehingga pihak berkuasa pemakanan berpuas hati, kami melihat tiada sebab untuk membenarkan apa-apa bantuan kepada pihak berkuasa pemakanan,” Hakim Vidyasagar kanade memberitahu mahkamah.

“Kami mengarahkan Nestle menghantar lima sampel daripada setiap kumpulan Maggi untuk tujuan ujian kepada tiga makmal dan jika plumbum tersebut dijumpai lebih rendah dari yang dibenarkan barulah dibenarkan menghasilkan dan dijual semula.”

Arahan tersebut datang sehari selepas India mengatakan mereka menuntut rugi hampir AS$100 juta dari Nestle India untuk “amalan perniagaan tidak adil” dalam hubungan kepada mi, salah satu makanan segera paling popular di negara tersebut. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA