Mahkamah Indonesia sokong Bakrie ketuai parti pembangkang

Mahkamah Indonesia sokong Bakrie ketuai parti pembangkang

JAKARTA, 18 Mei – Sebuah mahkamah Indonesia hari ini memutuskan bahawa taikun Aburizal Bakrie adalah seorang ketua parti pembangkang terbesar negara, menghancurkan harapan saingannya bahawa parti itu akan berpaling kepada parti pemerintah di bawah pemimpin lain.

Parti Golkar, mengawal hampir 15 peratus kerusi dalam parlimen dan sudah pun dicengkam pertikaian kepimpinan selama berbulan-bulan. Beberapa ahli tertinggi parti mencadangkan menyertai parti memerintah minoriti Presiden Joko Widodo.

Pertikaian itu berakhir dalam mahkamah dan pada hari ini, hakim Satya Bakti memberitahu perbicaraan di Jakarta bahawa mahkamah mengiktiraf kepimpinan parti Bakrie.

Setiausaha Agung Golkar Idrus Marham, seorang penyokong Bakrie mengatakan keputusan itu bermakna parti itu akan kekal menjadi pembangkang.

“Sejak awal lagi kami komited menjadi pembangkang dan keputusan ini mengesahkannya,” katanya. “Kami akan terkeculia daripada kerajaan…namun kami tidak berniat untuk menjejaskan kerajaan.” – Reuters