Mahkamah Kambodia dakwa enam pegawai hak asasi manusia

Mahkamah Kambodia dakwa enam pegawai hak asasi manusia

PHNOM PENH, 2 Mei (Xinhua) – Mahkamah Kambodia hari ini mendakwa lima pembela hak asasi kemanusiaan dan seorang pegawai pejabat hak asasi kemanusiaan PBB di Kambodia dengan tuduhan sama ada memberi rasuah atau berkomplot untuk memberi rasuah seorang saksi supaya berdusta, menurut jurucakap mahkamah.

Kelima-lima mereka itu termasuklah ketua pengawas kumpulan hak asasi tempatan, Adhoc, Ny Sokha, penolong-penolongnya, Nay Vanda dan Yi Soksan, penyiasat kanannya Lim Mony dan bekas pegawai kanan Adhoc, Ny Chakrya, yang kini adalah timbalan setiausaha agung Jawatankuasa Pilihan raya Kebangsaan (NEC). Dan pegawai PBB itu dikenal pasti sebagai Sally Soen.

“Mahkamah telah mendakwa empat orang pegawai Adhoc memberi rasuah seorang saksi supaya berdusta dan dua orang lagi – bekas pegawai Adhoc Ny Chakrya dan pegawai PBB Sally Soen – berkomplot untuk memberi rasuah saksi.” Jurucakap yang timbalan pendakwa Mahkamah Perbandaran Phnom Penh Ly Sophanna memberitahu Xinhua.

Menurutnya di bawah tuduhan itu, mereka boleh dipenjara antara lima dan 10 tahun jika didapati bersalah. Unit Anti Rasuah (ACU) telah memberkas lima pembela hak asasi kemanusiaan itu Khamis lalu manakala pegawai PBB itu masih diburu.

Penangkapan mereka dibuat ekoran dakwaan Srey Mom, yang dikatakan perempuan simpanan timbalan ketua parti pembangkang yang juga ahli undangan, Kem Sokha, bahawa mereka meyakinkannya supaya menafikan hubungan seksual dengan Sokha.

Rabu lalu, ACU juga memberkas ketua kumpulan pembangkang kerana disyaki membayar Srey Mom 500 dolar AS supaya berdusta dan mengatakan dia dan Sokha tidak menjalin hubungan. Selepas dua bulan penafian, pendandan rambut itu, Sry Mom, 25 tahun bulan lalu mengaku menjalin hubungan dengan Sokha ketika disoal siasat di mahkamah perbandaran.

Dia menuduh ketua kumpulan itu, pegawai-pegawai Adhoc, dan pegawai PBB memujuknya supaya berdusta untuk melindungi reputasi Sokha. Dakwaan skandal seks antara Srey Mom dan Sokha diketuai Februari lalu apabila klip audio perbualan telefon yang dibocorkan antara mereka tersebar luas di Internet. Dalam klip itu mereka membincangkan tentang seks, kehamilan dan membayar sebuah pangsapuri.

ARTIKEL YANG SAMA