Mahkamah: ‘Keistimewaan’ tinggal di Sabah

Mahkamah: ‘Keistimewaan’ tinggal di Sabah

KOTA KINABALU, 3 Mac (Bernama) – Seorang anggota ‘Kesultanan Sulu’ memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dia mempunyai ‘keistimewaan’ untuk tinggal di Sabah.

Datu Amir Bahar Hushin Kiram, 53, tertuduh dalam kes pencerobohan Lahad Datu, berkata ‘keistimewaan’ itu berdasarkan ‘hak kepemilikan keluarganya’ terhadap negeri ini. “Itu (tinggal melebihi tempoh di Sabah) tidak bermaksa saya tinggal di Sabah secara haram,” katanya ketika memberi keterangan dalam bahasa Inggeris dari tempat duduk saksi.

Tertuduh memberi jawapan kepada cadangan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar bahawa dia mencabuli undang-undang Malaysia dengan tinggal melebihi tempoh di Semporna selepas pasport Filipinanya tamat pada 12 Feb 2013. Datu Amir Bahar membela diri atas dua pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi anggota kumpulan pengganas semasa pencerobohan di Lahad Datu pada 2013.