Mahkamah kekalkan hukuman bunuh

Mahkamah kekalkan hukuman bunuh

DHAKA, Bangladesh, 16 Jun (Agensi) – Mahkamah Tinggi Bangladesh hari ini mengekalkan hukuman bunuh ke atas pemimpin tinggi parti Islam yang disabitkan dengan jenayah perang dan jenayah kemanusiaan ketika peperangan kemerdekaan negara dengan Pakistan pada 1971.

Empat ahli panel yang diketuai Ketua Hakim Negara, S.K Sinha menolak rayuan yang dibuat Setiausaha Parti Islami Jamaat, Jeneral Ali Ahsan Mohammad Mojaheed terhadap keputusan hukuman bunuhnya pada 2013.

Mojaheed disabitkan atas lima tuduhan termasuk pembunuhan, penculikan dan penderaan pada 2013. Pada tahun yang sama, Mahkamah Tinggi negara itu mengesahkan hukuman bunuh dan Mojaheed kemudian mengemukakan rayuan ke Bahagian Rayuan Mahkamah Agung.

Beliau yang kini berusia 65 tahun akan dihukum gantung sampai mati jika kes tersebut tidak dikaji semula oleh mahkamah sama atau jika beliau tidak mendapat pengampunan daripada presiden.

Peguam Negara Mahbubey Alam berkata beliau gembira senang dengan keputusan hari ini tetapi peguam bela, Khandaker Mahbub Hossain berkata Mojaheed tidak mendapat keadilan yang sewajarnya. Hossain berkata mereka akan tetap akan memohon bagi kajian semula keputusan tersebut.

Bangladesh menyalahkan tentera Pakistan dan rakan usaha sama tempatan ke atas kematian tiga juta orang ketika peperangan sembilan bulan bagi mendapatkan kemerdekaan dari Pakistan.

Dianggarkan 200,000 wanita dirogol dan kira-kira 10 juta orang melarikan diri ke kem pelarian di India, yang membantu Bangladesh dalam latihan bersenjata dan bantuan lain.

Dalam keputusan lalu, Mojaheed didapati bersalah atas kesalahan “tanggungjawab atasan” dan “kesalahan jenayah” kekejaman pada 1971. Keputusan awal mengatakan Mojaheed secara peribadi terlibat dalam pembunuhan sistematik penganut Hindu dan memimpin kempen sistematik untuk membunuh intelektual Bangladesh, termasuk guru-guru dan para wartawan.

ARTIKEL YANG SAMA