Mahkamah kura...

Mahkamah kurangkan hukuman lelaki Indonesia

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mei – Mahkamah Rayuan di sini mengurangkan hukuman penjara terhadap seorang lelaki warga Indonesia daripada tiga tahun dan dua bulan kepada tiga tahun atas kesalahan melakukan cabul.

Lelaki berusia 52 tahun itu sebelum ini dijatuhi tiga tahun penjara dan tambahan dua bulan penjara sebagai ganti hukuman sebat selepas mengaku bersalah di Mahkamah Perantaraan pada Disember tahun lalu kerana melakukan cabul ke atas anak muridnya. Lelaki itu dikecualikan hukuman sebat atas faktor usia.

Hakim John Barry Mortimer yang bersidang bersama Hakim Seagroatt dan Hakim Burrell tidak akan mengganggu hukuman tiga tahun tetapi hanya mengetepikan penjara dua bulan tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA