Mahkamah lulus perjanjian perdagangan Kanada-EU

Mahkamah lulus perjanjian perdagangan Kanada-EU

BERLIN, 13 Okt – Mahkamah tinggi Jerman hari ini membenarkan kerajaan untuk meneruskan persetujuan bagi perjanjian perdagangan bebas Kesatuan Eropah (EU)-Kanada dalam halangan aktivis yang berusaha untuk menyekat perjanjian itu.

Bagaimanapun, Mahkamah Perlembagaan telah menetapkan syarat-syarat tertentu, menentukan Jerman mungkin hanya melakukan perjanjian yang digelar CETA jika ia menang jaminan yang ia boleh menghentikan persetujuan itu pada peringkat seterusnya jika diminta oleh mahkamah untuk melakukannya.

Kira-kira 200,000 rakyat, pengempen dan ahli politik berhaluan kiri telah meminta mahkamah di bandar barat daya Karlsruhe untuk memerintah ke atas pakatan itu, menggesa yang prosesnya tidak demokratik kerana tidak ada persetujuan telah diberikan oleh parlimen itu.

Peraturan itu, yang disusuli perbicaraan darurat pada Rabu, membuka jalan bagi kerajaan untuk menyokong keluar dari CETA pada mesyuarat menteri-menteri EU pada 18 Oktober.

Sigmar Gabriel ketika memberi kenyataan mengenai keputusan Mahkamah Perlembagaan ke atas persetujuan perjanjian perdagangan bebas EU-Kanada pada 13 Oktober di Berlin. – AFP
Sigmar Gabriel ketika memberi kenyataan mengenai keputusan Mahkamah Perlembagaan ke atas persetujuan perjanjian perdagangan bebas EU-Kanada pada 13 Oktober di Berlin. – AFP

Perjanjian itu dijadualkan untuk ditandatangani bersama Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau di Brussels pada 27 Oktober.

Rundingan CETA secara rasminya dimeterai pada 2014 namun perjanjian itu telah berdepan tentangan hebat di seluruh Eropah, menangguhkan pengimplementasinya.

Penentang menggesa ia akan memberi banyak kuasa kepada syarikat multinasional dan melemahkan standard perlindungan pengguna dan persekitarannya.

Menteri ekonomi dan naib canselor Jerman, Sigmar Gabriel muncul di mahkamah pada Rabu dalam menyokong CETA, memberi amaran yang reputasi Jerman akan musnah jika ia membatalkan perjanjian itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA