Mahkamah mula pertimbangkan penangkapan waris Samsung

SEOUL, Korea Selatan, 16 Feb – Sebuah mahkamah Korea Selatan mula mempertimbangkan hari ini sama ada mengeluarkan satu waran tangkap untuk waris Samsung berhubung dengan skandal rasuah yang membawa kepada pendakwaan presiden negara.

Naib Pengerusi Samsung Electronics Lee Jae-yong berjalan memasuki Mahkamah Daerah Seoul Tengah tanpa bercakap kepada sekumpulan wartawan.

Lee dan eksekutif tertinggi Samsung lain telah pun disoal sejak beberapa minggu lalu oleh pendakwa yang menyiasat skandal campur tangan pengaruh yang membelenggu Presiden Park Geun-hye.

Park, di mana kuasa beliau digantung oleh parlimen pada Disember, sedang menunggu keputusan oleh Mahkamah Perlembagaan mengenai sama ada menyingkirnya daripada jawatan presiden.

Lee Jae-yong ketika cuba ditemu bual oleh pihak media. – AP
Lee Jae-yong ketika cuba ditemu bual oleh pihak media. – AP

Pendakwa berusaha mendapatkan kebenaran untuk kali kedua untuk menahan waris Samsung yang berusia 48 tahun itu.

Mereka menuduhnya memberikan rasuah bernilai AS$36 juta kepada Presiden Park dan kawan lamanya demi mendapatkan bantuan kerajaan untuk peralihan kepimpinan syarikat yang lancar.

Pendakwa juga menyiasat Lee atas dakwaan pembersihan wang, menyembunyikan aset di luar negara dan berdusta ketika pertemuan parlimen. – AP