Mahkamah Perantaraan tolak penangguhan hukuman

Mahkamah Perantaraan tolak penangguhan hukuman

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Julai – Mahkamah Perantaraan di sini, hari ini, menolak permohonan bagi penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan ke atas seorang lelaki warga Malaysia yang menghadapi pertuduhan penyeludupan manusia.

Hakim Haji Abdullah Soefri bin POKSUDSP Haji Abidin menolak permohonan yang dibuat oleh Peguam Haji Mohd Rozaiman bin DSLJ Haji Abd Rahman yang mewakili Shahrizan Mudanin.Tertuduh dan rakannya, Santony Anjon berdepan tuduhan menyeludup seorang wanita warga Filipina ke negara ini melalui Pos Kawalan Kuala Lurah pada 17 Oktober 2014.

Kedua-dua tertuduh pada Khamis lalu telah pun dijatuhi hukuman penjara selama empat tahun, tiga sebatan dan denda sebanyak $1.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Atiyyah binti PD Haji Abas.