Mahkamah ringankan hukuman rompakan

Mahkamah ringankan hukuman rompakan

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Dis – Rayuan seorang lelaki tempatan untuk mendapatkan pengura-ngan hukuman bagi kesalahan rompakan berkumpulan yang dilakukannya pada 2014 dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan, hari ini.

Hukuman ke atas Muhammad Rahimi bin Abdul Rahman dikurangkan dari tujuh tahun penjara dan 12 sebat kepada lima tahun enam bulan penjara dan 12 sebat.

pg06_151204_mahkamah logo2

Hakim John Barry Mortimer, Leonard dan Burrrel ketika bersidang bersama berkata, hukuman 12 sebat adalah huku-man minimum yang telah ditetapkan untuk kesalahan rompakan berkumpulan dan mahkamah tidak ada kuasa untuk mengubahnya.

Panel hakim dalam mengurangkan hukuman, turut mempertimbangkan peribadi baik yang dimiliki defendan terdahulu dan peranan ‘kecil’ yang dilakukannya dalam rompakan itu.

Muhammad Rahimi melakukan kesalahan itu pada 20 Januari 2014 bersama dua lagi rakannya di sebuah rumah di Kampung Bengkurong.

ARTIKEL YANG SAMA