Mahkamah sambung perbicaraan kes pembunuhan sianida

Mahkamah sambung perbicaraan kes pembunuhan sianida

JAKARTA, Indonesia, 28 Jun (AP) – Sebuah mahkamah Indonesia memutuskan hari ini untuk meneruskan perbicaraan ke atas bekas penduduk Australia yang dituduh membunuh seorang rakannya dengan membubuhi kopinya dengan sianida.

Defendan berusia 27 tahun itu, Jessica Kumala Wongso, telah didakwa kerana merancang meracun Wayan Mirna Salihin pada 6 Januari atas nasihat mangsa bahawa dia patut memutuskan hubungannya dengan teman lelaki yang bermasalah itu. Kedua-duanya merupakan rakan sekelas di Australia.

“Indikmen diserahkan oleh pendakwa raya yang jelasnya, tepat dan komprehensif me-nerangkan pembunuhan itu,” kata hakim bersidang, Kisworo.

“Oleh itu, bantahan daripada para peguam bela tidak dapat diterima.”

Peguam Wongso telah mencemuh pendapat pendakwa yang mengatakan bahawa nasihat Salihin untuk menamatkan hubungan Wongso itu telah membawa kepada pembunuhan itu. Mereka berkata penjelasan itu ‘tidak dapat diterima oleh akal’.

Salihin rebah dan meninggal dunia selepas meminum kopi di sebuah kafe di Jakarta tempat kedua-duanya bertemu bersama rakan lain. Polis mengatakan ujian makmal menunjukkan minuman itu mengandungi sianida.

Perbicaraan itu akan di-sambung semula pada 12 Julai dengan testimoni saksi yang diketengahkan oleh para pendakwa raya.