Mahkamah sokong 2 dipenjara seumur hidup

Mahkamah sokong 2 dipenjara seumur hidup

PHNOM PENH, 23 Nov – Mahkamah Kemboja yang disokong PBB menyokong hukuman penjara seumur hidup bagi dua orang bekas ketua Khmer Rouge hari ini bagi jenayah ke atas kemanusiaan, dalam keputusan yang disambut baik oleh mereka yang terselamat dari rejim kejam itu.

Nuon Chea ‘Brother Number Two’, berusia 90 tahun dan bekas ketua kerajaan Khieu Samphan, 85 tahun adalah pemimpin tertinggi pertama rejim itu sepatutnya dipenjarakan pada tahun 2014. Rejim itu bertanggung jawab ke atas kematian sehingga dua juta rakyat Kemboja dari tahun 1975-1979.

Mereka merayu penyabitan itu, dengan menuduh mahkamah bagi siri-siri kesalahan dan hakim gagal untuk terus adil saksama disebabkan pengalaman peribadi mereka di bawah rejim itu.

Dalam perintah semalam yang mengambil masa lama selepas perbicaraan berbulan-bulan lamanya, pihak majistret menyokong banyak penyabitan dan tempoh penjara, tetapi menerima beberapa kesalahan undang-undang telah dibuat dalam perbicaraan awal.

Kong Srim, hakim tertinggi Dewan Mahkamah Tertinggi, berkata kedua-dua mereka itu ‘sepenuhnya tidak mempunyai pertimbangan bagi nasib terakhir penduduk Kemboja,” dengan menambah kata skala jenayah mereka adalah ‘sangat besar’.

Para pelajar menunggu dalam barisan untuk masuk ke Mahkamah Kemboja di Phnom Penh pada 23 November menjelang keputusan hukuman dua bekas ketua Khmer Rouge. – AFP
Para pelajar menunggu dalam barisan untuk masuk ke Mahkamah Kemboja di Phnom Penh pada 23 November menjelang keputusan hukuman dua bekas ketua Khmer Rouge. – AFP

“Dewan Mahkamah Tertinggi menimbangkan bahawa penetapan hukuman penjara seumur hidup bagi setiap tertuduh adalah wajar,” katanya lagi.

Nuon Chea dan Khieu Samphan duduk tanpa menunjukkan emosi apabila keputusan itu dibacakan.

Rejim Khmer Rouge telah memansuhkan masyarakat moden di Kemboja dalam usaha mereka bagi sistem pemerintahan negara agraria Marxis, membunuh begitu ramai orang dan meninggalkan kesan satu generasi.

“Mereka adalah orang yang sangat jahat dan inilah nasib mereka.”

Tribunal itu dikenali sebagai Dewan Luar Biasa dalam Mahkamah Kemboja (ECCC) adalah mahkamah hibrid di pinggir Phnom Penh yang menggabungkan elemen undang-undang antarabangsa dan domestik.

Ia ditubuhkan ekoran perjanjian antara Kemboja dan PBB untuk mendakwa ketua-ketua kanan Khmer Rouge. – AFP