Mahkamah Syariah rai Hari Raya Korban

Mahkamah Syariah rai Hari Raya Korban

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Sept – Mahkamah-mahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Negara buat julung kalinya telah mengadakan majlis ibadah korban bagi sama-sama meraikan Hari Raya Aidiladha.

Acara tersebut berlangsung di Dewan Serba guna, Bangunan Mahkamah Besar Brunei dan Mahkamah-mahkamah Syariah, di ibu negara.

Hadir pada majlis itu ialah Ketua Hakim Syar’ie, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

Turut hadir ialah Ketua Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili bin Haji Mohiddin, para pegawai serta kakitangan Mahkamah Syariah.

Yang Berhormat Pehin Haji Awang Salim menyempurnakan pengagihan daging korban kepada para penerima.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Salim menyempurnakan pengagihan daging korban kepada para penerima.

pg05_160915_a

Majlis pada petang itu telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Awang Muhammad Azmi @ Muhammad Asrin bin Haji Mohd Jair dan diikuti dengan Takbir Hari Raya Aidiladha beramai-ramai yang dipimpin oleh Haji Ali-Bolkiah bin Haji Mohd Diah.

Dalam majlis tersebut Yang Berhormat Pehin Haji Awang Salim turut berkesudian menyampaikan daging korban kepada beberapa orang asnaf fakir miskin di kawasan ibu negara dan para pegawai serta kakitangan Mahkamah Syariah.