Mahkamah tega...

Mahkamah tegah tulisan cakar ayam doktor

DHAKA, 10 Jan – Para doktor di seluruh dunia terkenal dengan tulisan tangan mereka yang teruk, namun kini mahkamah Bangladesh berusaha untuk mengharamkan tulisan cakar ayam itu selepas preskripsi tidak dapat dibaca sehinggakan pesakit memakan ubat yang salah.

Doktor-doktor kini akan sama ada menaip preskripsi mereka atau menulisnya dalam huruf besar, kata timbalan peguam negara Mokhlesur Rahman memberitahu AFP selepas mahkamah mengeluarkan keputusannya lewat kelmarin.

“Mahkamah telah mengarahkan setiausaha kesihatan untuk mengedarkan perintah tersebut dalam kalangan doktor di negara itu. Dia juga meminta untuk melaporkan peningkatan mengenai situasi itu dalam masa enam minggu,” katanya.

Mahkamah juga berkata doktor-doktor perlu menggunakan nama ubat generik daripada menentukan jenama tertentu.

“Kebanyakan pesakit malah beberapa farmasi tidak dapat membaca tulisan cakar ayam doktor mengenai preskripsi itu,” kata peguam Manzil Morshed, yang memfailkan sama kepentingan awam tersebut.

“Dari itu, sering terjadi mereka mengambil ubat yang salah. Ia merugikan mereka dan mendedahkan kepada risiko kesihatan yang kadangkala berbahaya.” – AFP