Mahkamah Thai tidak jelas pembunuh jurugambar Reuters

Mahkamah Thai tidak jelas pembunuh jurugambar Reuters

BANGKOK, 30 April – Sebuah mahkamah Thai hari ini memutuskan bahawa ia tidak dapat mengenalpasti siapa yang melakukan tembakan yang membunuh seorang jurugambar Reuters semasa satu pertempuran antara tentera dan pembantah antikerajaan di Bangkok dalam tahun 2010.

Hiroyuki  Muramoto, 43, terbunuh akibat peluru berkelajuan tinggi yang terkena di dadanya semasa keganasan jalanan pada 10 April, menurut mahkamah.

“Arah peluru itu datang tidak dapat dipastikan,” menurut kenyataan Mahkamah Jenayah Selatan Bangkok.

Jesada Chandee, peguam mewakili keluarga Muramoto dan dua yang lain mati pada hari sama, mengatakan dia akan mempertimbangkan satu rayuan terhadap penemuan inkues pos mortem, yang diadakan untuk menentukan punca dan keadaan kematian.

“Kami menghormati arahan mahkamah namun keluarga ini masih mahu membuat rayuan kerana mereka percaya saksi dan bukti boleh menentukan bagaimana ahli keluarga mereka mati,” katanya.

Pegawai mewakili keluarga jurugambar Reuters Hiroyuki Muramato, Jesada Chandee (tengah), bercakap kepada media di Mahkamah Jenayah Selatan Bangkok, 30 April. Thai hari ini memutuskan bahawa mereka tidak dapat menentukan siapa yang menembak mati Muramato semasa pertempuran antara tentera dan pemprotes antikerajaan di Bangkok dalam 2010. –Reuters

Muramoto yang berpangkalan di Tokyo, sedang dalam tugasan di Bangkok membuat liputan protes antikerajaan Baju Merah yang berlarutan daripada Mac hingga Mei 2010.

“Reuters terus meratapi kehilangan wartawan video dihormati, Hiro Muramoto,” kata jurucakap Reuters David Crundwell. “Keselamatan wartawan kami adalah keutamaan kami dan kami mengambil setiap langkah yang perlu untuk memastikannya.”

Lebih daripada 90 orang termasuk dua wartawan dan anggota pasukan keselamatan, terbunuh dalam kacau bilau selama dua bulan di ibu negara Thailand itu. –Reuters