Mahkamah Tinggi batalkan keputusan Kementerian Dalam Negeri

Mahkamah Tinggi batalkan keputusan Kementerian Dalam Negeri

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) – Mahkamah Tinggi di sini membatalkan keputusan Kementerian Dalam Negeri yang menggantung sementara penerbitan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily.

Susulan itu, dua penerbitan itu boleh meneruskan operasi seperti biasa dan mencetaknya.

Hakim Datuk Asmabi Mohamad membenarkan permohonan untuk semakan kehakiman difailkan oleh The Edge Communication Sdn Bhd, hari ini. Beliau juga memerintah supaya ganti rugi dialami dua penerbitan itu dinilai dan menetapkan kos perundangan berjumlah RM15,000.

Dalam penghakiman secara lisan, Asmabi berkata keputusan Menteri Dalam Negeri untuk menggantung penerbitan itu selama tiga bulan telah melanggar keadilan semulajadi dan ultra vires terhadap Seksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.