Mahkamah Tinggi lulus permit bina teleskop suria

Mahkamah Tinggi lulus permit bina teleskop suria

HONOLULU, 7 Okt – Mahkamah Tinggi Hawaii semalam mengesahkan permit untuk membina teleskop suria di gunung Maui.

Perintah itu menolak cabaran oleh sebuah kumpulan yang cuba melindungi kesucian puncak Haleakala. Universiti Hawaii telah mengikut prosedur teratur bagi penilaian persekitaran, Mahkamah Tinggi juga memerintahkan dalam perintah berasingan.

Tahun lalu lapan orang diberkas apabila para pembantah cuba menahan konvoi binaan menuju tapak teleskop suria.

Kahele Dukelow, salah seorang ketua bantahan berkata para penentang kecewa dan sedang memikirkan apakah langkah mereka seterusnya.

“Kami hanya ada satu alternatif kini. Kami mesti terus membantah dalam cara lain,” katanya.

Mereka berharap keputusan akan serupa dengan perintah mahkamah tahun lalu yang membatalkan permit untuk membina teleskop Thirty Meter di Mauna Kea, Big Island.

Projek itu telah menjadi tumpuan bantahan yang lebih tegang. Bantahan ke atas kedua-dua teleskop itu mengatakan kebimbangan bahawa projek-projek itu akan mencemarkan tanah suci itu.

Proses kelulusan permit ‘tidak mempunyai kekurangan dari segi prosedurnya mengikut sebelum pengadilan,” mahupun ia tidak ada kekurangan oleh perhubungan sebelah satu pihak yang tidak dibenarkan,” menurut pandangan majoriti 3-2 mahkamah.

Peguam Negara Doung Chin berkata pejabatnya akan meneliti sama ada perintah-perintah itu memberi sebarang impak pada perkara akan datang, di hadapan lembaga tanah kerajaan, termasuklah teleskop Thirty Meter. – AFP