Mahkamah tinggi menangguhkan usul Obama

Mahkamah tinggi menangguhkan usul Obama

WASHINGTON, 10 Feb – Mahkamah Tinggi AS semalam menangguhkan satu pelan untuk mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau daripada kilang tenaga yang menggunakan arang batu, sekali gus memberi tamparan hebat kepada usaha Presiden Barack Obama untuk mengawal perubahan iklim.

Satu gabungan 27 negeri AS – kebanyakan mereka ditadbir oleh Republikan Obama sedang mengeluarkan saman di mahkamah rendah untuk menghentikan Pelan Tenaga Bersih Obama, dan menulis petisyen kepada Mahkamah Tinggi supaya menggantung pelaksanaannya sehingga kes diselesaikan.

Rumah Putih berkata ia kecewa dalam keputusan tersebut, tetapi yakin pelan untuk mengurangkan pengeluaran AS adalah berdasarkan satu asas perundangan yang kukuh, dan akan menang.

“Kami tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi untuk mengekal Pelan Tenaga Bersih sementara litigasi diteruskan,” kata jurucakap Josh Earnest dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas keputusan lima berbanding empat.“Kami tetap yakin kami akan menang berdasarkan merit.”

Keputusan semalam, disokong oleh lima daripada sembilan hakim Mahkamah Tinggi, menghentikan pelaksanaan peraturan yang memerlukan pengeluaran karbon dioksida sektor tenaga dikurangkan sebanyak sekurang-kurangnya 32 peratus berbanding dengan tahap 2005 pada tahun 2030.

Peraturan meluas yang dikeluarkan pada tahun lalu oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar adalah penting kepada kempen Obama untuk mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau AS pada keseluruhannya.

“Walaupun sementara litigasi diteruskan, EPA telah menandakan ia akan bekerjasama dengan negeri yang memilih untuk meneruskan pembangunan pelan,” kata Earnest.

Gabernor Demokratik California Jerry Brown yang membentuk sebahagian daripada gabungan negeri yang mempertahan pelan pengeluaran berkata, tatkala beliau menuduh jabatan keadilan kerana bertindak “acuh tidak acuh” ketika berdepan dengan ancaman “perubahan iklim yang tidak dapat dibalikkan seperti sedia kala.”

“Sekatan ini memberikan kerosakan teruk dan melemahkan kepimpinan iklim Amerika,” kata beliau dalam kenyataan.

“Namun jangan tersilap, ia tidak akan menghalang California daripada terus melakukan kewajipannya di bawah Pelan Tenaga Bersih.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA