Mahkamah Tinggi S’pura cairkan aset peniaga Swiss

Mahkamah Tinggi S’pura cairkan aset peniaga Swiss

SINGAPURA, 24 Ogos (AFP) – Mahkamah Tinggi Singapura mencairkan aset bernilai berjuta dolar seorang ahli perniagaan Switzerland dan peniaga seni yang disaman oleh seorang jutawan Rusia kerana penipuan.

Mahkamah Rayuan dalam keputusan bertarikh 21 Ogos, membatalkan arahan pembekuan seluruh dunia—dikenali sebagai injunksi Mareva—dikenakan awal tahun ini oleh Mahkamah Tinggi Singapura ke atas aset Yves Bouvier, seorang penduduk tetap di negara kota itu.

Mahkamah Rayuan mengatakan tiada risiko Bouvier ‘melesapkan’ asetnya selepas injunksi itu dibatalkan. Ia menerangkan arahan pembekuan sebagai ‘menentang proses mahkamah.’

Bilionair Rusia Dmitry Rybolovlev, pemilik Kelab Bola Sepak AS Monaco menyaman Bouvier dalam Januari di Monaco kerana didakwa menipu dengan menggelembung harga 38 karya seni semasa bertindak sebagai ejennya, dengan harga kenaikan mencecah sejumlah AS$1.0 bilion.

Dalam Mac, Rybolovlev memfailkan saman sivil di Singapura. Dia memperoleh injunksi dari Mahkamah Tinggi untuk mencegah Bouvier dan kenderaan korporatnya MEI Invest daripada ‘menentukan atau menguruskan sebarang aset mereka di Singapura atau di seluruh dunia’ yang berjumlah sehingga AS$500 juta.

Arahan pembekuan itu juga menjejaskan orang ketiga yang terlibat dalam pertikaian itu. Bouvier menolak tuduhan, mengatakan dia bukan ejen Rybolovlev.

Menurutnya, dia menjual hasil seni, termasuk lukisan oleh Leornardo da Vinci dan Vincent van Gogh kepada jutawan sebagai penjual bebas. Bouvier mengoperasi bilik kebal di Singapura dan Luxembourg di mana pelanggan kaya boleh menyimpan karya seni dan barangan berharga lain mereka.

ARTIKEL YANG SAMA