Mahkamah Tinggi tolak permohonan ikat jamin

Mahkamah Tinggi tolak permohonan ikat jamin

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Julai – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menolak permohonan ikat jamin seorang lelaki tempatan yang menghadapi pertuduhan merogol dan melakukan kekerasan ke atas anak perempuannya.

Tertuduh yang namanya tidak dapat didedahkan untuk melindungi identiti mangsa didakwa merogol anak perempuannya berusia 20 tahun di rumah mereka pada tahun ini.

Timbalan Pendakwa Raya Pengiran Suzana binti Pengiran Abas memohon kepada mahkamah untuk memberi lebih masa bagi melengkapkan siasatan termasuk menunggu laporan doktor bagi analisis psikologi dan psikiatri mangsa.

Hakim Pengiran Rostaina binti Pengiran Duraman menetapkan 12 Julai untuk sebutan semula, dan memerintahkan tertuduh untuk terus ditahan reman.

ARTIKEL YANG SAMA