Mahkamah tolak permohonan ayah cabul anak

Mahkamah tolak permohonan ayah cabul anak

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mei – Mahkamah Rayuan di sini, baru-baru ini, menolak permohonan pengurangan hukuman daripada seorang bapa berusia 41 tahun yang mencabul kehormatan anak perempuannya berusia 13 tahun.

Hakim John Barry Mortimer yang bersidang bersama Hakim Burrell dan Hakim Seagroatt memutuskan tempoh hukuman yang dijatuhi oleh Mahkamah Perantaraan adalah setimpal dengan perbuatannya.

Lelaki itu yang bekerja sebagai pengawal keselamatan mengaku bersalah mencabul kehormatan mangsa dalam tiga kejadian berasingan di kediaman mereka di Tanah Jambu, pada 4 April 2016, sekitar April 2016 dan ketika mangsa berusia 11 tahun pada tahun 2014.

Dia dijatuhi tiga tahun enam bulan penjara dan tiga sebat oleh Hakim Pengiran Hajah Hanani binti Pengiran Haji Metussain.

pg06_160428_mahkamah logo2

ARTIKEL YANG SAMA