Mahkamah tolak rayuan bekas pegawai kastam

Mahkamah tolak rayuan bekas pegawai kastam

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Feb – Mahkamah Tinggi di sini telah menolak rayuan bekas pegawai kastam di Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Brunei, dan mengekalkan hukuman penjara selama 36 bulan atas pertuduhan rasuah.

Hakim Pengiran Hajah Rostaina binti Pengiran Haji Duraman menolak rayuan Pengiran Ahmad bin Pengiran Daud yang sebelum ini didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret pada 16 Jun 2014 atas empat pertuduhan rasuah.

Dia didakwa dengan secara tidak jujur menerima wang suapan berjumlah $100 dalam mata wang Brunei di Pos Kawalan Kastam Sungai Tujoh dan RM$900 lagi di kawasan Pusat Membeli-belah di Boulevard, Miri pada September 2007 daripada seorang warga Malaysia.

pg06_160219_mahkamah logo2

Wang itu adalah sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap warga itu kerana melakukan kesalahan berkaitan penyeludupan bahan bakar yang merupakan kesalahan di bawah Perintah Kastam 2006.

Tertuduh juga didakwa memperolehi untuk dirinya sejumlah wang tersebut daripada warga itu yang telah melakukan kesalahan kastam yang mana tertuduh mengetahui warga itu mempunyai urusan rasmi dengannya sebagai pegawai kastam.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Shamshuddin bin Haji Kamaluddin manakala tertuduh diwakili Peguam Bela Sheikh Noordin bin Sheikh Mohammad.

ARTIKEL YANG SAMA