Mahkamah tola...

Mahkamah tolak rayuan lelaki tempatan

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mei – Seorang lelaki tempatan terpaksa akur dengan hukuman penjara 40 bulan dan dua sebatan apabila Mahkamah Rayuan menolak permohonannya untuk mendapatkan pengurangan hukuman bagi beberapa kesalahan pecah masuk.

Hakim John Barry Mortimer yang bersidang bersama Hakim Seagroatt dan Hakim Burrell bersepakat untuk mengekalkan hukuman yang dijatuhi Mahkamah Perantaraan ke atas Mohd Afiqen bin Karim.

Ketiga-tiga panel hakim memutuskan hukuman 40 bulan penjara itu adalah sesuai selepas mengambil kira faktor yang boleh mengurangkan hukuman dan juga faktor yang memburukkan.

ARTIKEL YANG SAMA