Mahkamah tolak rayuan semakan semula

Mahkamah tolak rayuan semakan semula

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Dis – Mahkamah Rayuan di sini, hari ini, menolak permohonan untuk menyemak semula hukuman yang dijatuhkan ke atas seorang lelaki Malaysia yang berdepan pertuduhan mengimport Kanabis.

Bernard Chin Jun Tin sebelum ini mengaku bersalah di Mahkamah Perantaraan kerana mengimport lebih daripada 204.6 gram Kanabis bagi tujuan mengedar.

Timbalan Pendakwa Raya,Hajah Farhanah binti Pehin Dato Haji Suhaili mengemukakan dalam permohonannya bahawa hukuman yang dijatuhkan ke atas tertuduh adalah jelas tidak memadai.

pg06_151202__mahkamah logo2

Tertuduh didapati melakukan kesalahan itu di Pos Kawalan Sungai Tujoh kira-kira 12:40 tengah hari pada 11 Oktober 2013.

Tertuduh dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun enam bulan dan tujuh sebatan pada Mei lalu.

Hakim John Barry Mortimer, Leonard dan Burrell ketika bersidang memutuskan bahawa hukuman yang dijatuhkan adalah sesuai dengan mengambil kira kelewatan perbicaraan dijalankan di mana mahkamah turut mempertimbangkan latar belakang kes termasuk pengurangan hukuman untuk pengakuan bersalah tertuduh.

ARTIKEL YANG SAMA