Mahkamah Vietnam tolak tindakan guaman nelayan

Mahkamah Vietnam tolak tindakan guaman nelayan

HANOI, 9 Okt – Sebuah mahkamah Vietnam menolak beratus tindakan guaman yang difail oleh nelayan yang menuntut lebih banyak pampasan daripada sebuah kilang keluli milik Taiwan yang bertanggungjawab ke atas kebocoran toksik, kata seorang aktivis terkenal semalam.

Dalam kes tindakan awam yang luar biasa di Vietnam, nelayan membanjiri bangunan mahkamah pada bulan lalu untuk memfail 506 tindakan guaman ke atas Formosa di Taiwan, yang membina kilang keluli bernilai berbilion dolar di wilayah Ha Tinh.

Konglomerat itu membayar kerajaan Vietnam AS$500 juta selepas ia dipersalahkan kerana membuang bahan yang meracuni bertan-tan ikan dan menghapus industri makanan laut tempatan pada awal tahun ini. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA