Mahkota Ratu Florida ditarik balik

Mahkota Ratu Florida ditarik balik

MIAMI, 2 Ogos – Bekas pemenang Ratu Florida USA memfailkan saman terhadap pertandingan itu selepas penganjur menarik balik mahkotanya dan menuduh beliau menipu.

Laporan Miami Herald menyatakan peguam kepada Genesis Davila, 24, memfailkan saman meminta hakim Miami-Dade mengeluarkan injuksi kecemasan mengembalikan gelarannya.

Saman turut menuntut ganti rugi fitnah sebanyak AS$15 juta.

Davila dimahkotakan pada 16 Julai lalu di Fort Lauderdale dan kemenangannya dilucutkan enam hari kemudian.

Davila ketika bercakap pada sidang media di Miami, semalam. Davila memfailkan saman terhadap pertandingan itu selepas penganjur menarik balik mahkotanya dan menuduh beliau menipu. - AP
Davila ketika bercakap pada sidang media di Miami, semalam. Davila memfailkan saman terhadap pertandingan itu selepas penganjur menarik balik mahkotanya dan menuduh beliau menipu. – AP

Pengarah pertandingan, Grant Gravitt Jr, merujuk gambar di Instagram menunjukkan Davila mendapatkan bantuan jurusolek dan pendandan profesional, yang melanggar peraturan pertandingan.

Peguam Davila, Richard Wolfe, menyerahkan gambar yang dibesarkan ketika sidang akhbar pada Isnin, menunjukkan ia bertarikh seminggu sebelum pertandingan diadakan. – AP