Mahrez bantu kekalkan Leicester

Mahrez bantu kekalkan Leicester

WATFORD, United Kingdom, 6 Mac (AFP) – Leicester melebarkan pendahuluan lima mata di puncak Liga Perdana Inggeris ketika rembatan menarik menerusi Riyad Mahrez membolehkan kemenangan 1-0 di Watford semalam yang meningkatkan harapan mereka bagi memenangi gelaran.

Pemain sayap Algeria, Mahrez meledakkan rembatan kencang di sudut atas gawang pada minit ke-56 bagi gol ke-15 musim ini.

Ia adalah kemenangan ke-17 dalam kempen bagi pasukan Foxes musim ini, yang mendapatkan kelebihan sepenuhnya keputusan seri 2-2 diantara pesaing Tottenham dan Arsenal dalam satu perlawanan lebih awal.

Kejayaan itu membolehkan pasukan kendalian Claudio Ranieri berada di atas pasukan tangga kedua Tottenham dengan lima mata dan lapan mata di depan Arsenal di tangga ketiga dengan hanya berbaki sembilan perlawanan di antara pasukan Foxes dan adalah kejayaan gelaran yang luar biasa.

Mahrez juga mencatatkan 11 aksi dalam membantu melakukan jaringan musim ini dengan jumlah jaringan yang memberangsangkan dan masa terbaru inspirasinya yang mengekalkan Leicester berada dalam kedudukan yang kukuh.

Mahrez selepas berjaya menjaringkan gol buat Leicester. Mahrez meledakkan rembatan kencang di sudut atas gawang pada minit ke-56 bagi gol ke-15 musim ini. – Reuters
Mahrez selepas berjaya menjaringkan gol buat Leicester. Mahrez meledakkan rembatan kencang di sudut atas gawang pada minit ke-56 bagi gol ke-15 musim ini. – Reuters

Leicester memberikan isyarat mereka lebih awal, hantaran dari Marc Albrighton yang menyaksikan Jamie Vardy membuat larian dan memaksa penjaga gol Watford, Heurelho Gomes untuk menghalang.

Pasukan pelawat sejurus selepas itu memaksa bagi sepakan sudut dan dilihat berbahaya apabila Watford gagal untuk mengeluarkan bola dengan baik.

Bola tepat kepada Christian Fuchs diluar kotak penalti dan pemain pertahanan itu menyaksikan rembatan leretnya dikeluarkan oleh Gomes.

Terdapat ancaman bagi tuan rumah, apabila Nathan Ake membuat lompatan di atas Wes Morgan pada minit ke-11 untuk mendapatkan sepakan bebas dari sudut kanan dan tandukannya hanya singgah di palang yang dikawal Kasper Schmeichel.

Leicester memberikan tekanan dan mereka memaksa satu lagi kesilapan yang membawa peluang bagi Vardy.

Leicester ketika ini menghuni tangga teratas liga selepas mengumpul 60 mata daripada 29 perlawanan dengan Tottenham kedua, 55 mata diikuti Arsenal ketiga, 52 mata.