Mahrez calon ...

Mahrez calon pilihan pemain terbaik Afrika

ABUJA, 5 Jan – Penyerang Algeria Riyad Mahrez adalah pemain pilihan untuk dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Tahunan Afrika 2016 berikutan sumbangan beliau kepada kejutan kemenangan Leceister City menjuarai Liga Perdana Inggeris.

Gelaran Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF) akan menjadikan kemenangan hatrik buat pemain berusia 25 tahun itu yang telah dinamakan sebagai Pemain Terbaik PFA dan BBC Afrika tahun ini.

Majlis anugerah CAF yang paling berprestij di Afrika dan sekarang memasuki tahun ke-25, akan berlangsung di ibu negara Nigeria, Abuja, lewat hari ini.

Mahrez adalah pemain utama Leicester musim lalu, yang menyaksikan kelab Inggeris East Midlands itu menafikan kemungkinan 5000-1 dan ramalan penyingkiran untuk merangkul gelaran Liga Perdana. Dia bermain dalam semua permainan The Foxes dalam 2015-16 dan menjaringkan 17 gol.

Penyerang yang selesa beraksi di sebelah kanan itu bermula dengan rendah hati bersama kelab kampung halaman AAS Sarcelles pada tahun 2004.

Mahrez mengucup trofi Liga Perdana selepas Leicester muncul juara pada Mei 2016. – AFP
Mahrez mengucup trofi Liga Perdana selepas Leicester muncul juara pada Mei 2016. – AFP

Juga tercalon untuk menjulang gelaran CAF adalah juara semasa dari Gabon yang menyertai Borussia Dortmund Pierre-Emerick Aubameyang dan bintang Liverpool dari Senegal, Sadio Mane.

Sekiranya Mahrez menang, dia akan menjadi pemain pertama dari Afrika Utara menjulang gelaran itu dalam tempoh 19 tahun sejak Maghribi Mustapha Hadji pada 1998. Pemain Algeria lain yang pernah memenangi gelaran itu ialah Rabah Madjer pada 1987 dan Lakhdar Belloumi pada 1981.

Pada 1985, gelaran itu dimenangi oleh Mohamed Timouni dan Badou Zaki dari Maghribi pada tahun 1986. Mahmoud Al Khatib (Mesir, 1983), Tarek Dhiab (Tunisia, 1977); dan Ahmed Faras (Maghribi, 1975) ketika anugerah itu dianjurkan oleh majalah France Football.

Pemenang tahun ini akan dipilih oleh jurulatih pasukan kebangsaan persatuan ahli CAF, panel wartawan dan perunding televisyen. Aubameyang dan Mane berdiri di antara Mahrez dan menyapu bersih kemenangan.

Bagi anugerah 2015, kapten Gabon Aubameyang adalah pilihan kejutan di depan Yaya Toure dari Ivory Coast dan Manchester City.

Jaringan Aubameyang di Dortmund telah memberikannya mahkota Afrika dan dalam tahun-yahun sebelum ini, beliau kekal prolifik di depan gol dengan menjaringkan 25 gol dalam 31 penampilan Bundesliga.

Mane yang lincah menjadi pemain Afrika paling mahal apabila berpindah ke Liverpool dengan bayaran perpindahan 34 juta pound tahun lepas.

Pemain sayap berusia 24 tahun itu membuktikan kewajaran tag harganya yang tinggi dengan menjaringkan sembilan gol dalam 19 perlawanan untuk Liverpool musim ini.

Juara Afrika Mamelodi Sundowns mempunyai dua pemain, Khama Billiat Zimbabwe dan Denis Onyango dari Uganda, juga menjadi pencabar untuk pemain terbaik yang berpangkalan di Afrika.

Kapten Zambia Rainford Kalaba adalah pesaing lain untuk anugerah ini selepas eksploitasi dengan TP Mazembe pada Piala Konfederasi CAP tahun lepas.

Pemain Nigeria yang berpangkalan di Liga Perdana Inggeris, Kelechi Iheanacho (Manchester City) dan Alex Iwobi (Arsenal) adalah pesaing utama dalam pelbagai kategori pemain muda, manakala pasukan negara yang memenangi gangsa Olimpik pula memburu anugerah Pasukan Terbaik. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA