Mahut julang ATP Ricoh

Mahut julang ATP Ricoh

‘S-HERTOGENBOSCH, Netherlands, 13 Jun (AFP) – Nicolas Mahut memanaskan badan menjelang Wimbledon dengan memenangi gelaran ketiganya di s-Hertogenbosch selepas mendominasi kelewatan hujan hari ini.

Selepas memenangi set pertama 6-4 menentang Gilles Muller dari Luxembourg di gelanggang rumput Belanda itu semalam, Mahut melengkapkan kemenangan dengan mata yang sama di set kedua.

Ia merupakan kemenangan ketiganya di ‘s-Hertogenbosch, dia sebelum ini memenangi acara Belanda itu pada tahun 2013 dan 2015. Ia merupakan gelaran keempat dalam kerjayanya setelah juga memenangi di gelanggang rumput di Newport pada 2013.

“Ia begitu menyentuh hati untuk memenangi gelaran pertama saya di sini pada 2013. Tahun lepas, Saya tidak menjangka akan menang. Ia hampir begitu sukar untuk memenanginya buat kali ketiga,” ujar Mahut, yang mengakui dia telah lupa untuk mendaftar bagi kejohanan itu.

“Saya berjanji tidak akan lupa tahun depan!” ujar pemain Perancis itu yang sekarang telah memenangi 18 daripada 20 perlawanan yang dimainkan di ‘s-Hertogenbosch.

Mahut, sekarang ini di kedudukan 61 ranking dunia, akan berdepan pemain harapan tuan rumah yang juga pemain nombor dua dunia Andy Murray di kejohanan Queen, esok.

ARTIKEL YANG SAMA