Mainan ditangguhkan lagi di Terbuka AS

Mainan ditangguhkan lagi di Terbuka AS

OAKMONT, Amerika Syarikat, 17 Jun (AFP) – Permainan ditangguhkan lagi buat kali ketiga pada 3:51 petang dalam pusingan pertama golf Terbuka AS di Oakmont, hari ini, apabila ribut petir sekali lagi melanda kawasan barat itu.

Dua penangguhan sebelumnya, 79 minit dan hampir dua jam setengah, sudah pun membuat malapetaka terhadap jadual dan memastikan kebanyakan pemain tidak berupaya untuk bertanding dalam pusingan pertama mereka sebelum hari berakhir.

Kali ketiga perlawanan ditangguhkan, pemain ranking rendah Amerika, Andrew Landry bersedia bagi memasukkan pukulan 10 kaki birdie putt di lubang kesembilan, dalam bidaan untuk menerajui lebih awal dengan 66.

Di pusingan itu hanya sembilan pemain daripada 156 melengkapkan pusingan mereka.

ARTIKEL YANG SAMA