Majalah BHC rai ulang tahun ke-3

Majalah BHC rai ulang tahun ke-3

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Mei – Majalah BHC (Butra Home Concept) merayakan ulang tahun ketiga penerbitannya pada majlis minum petang yang diadakan di Brunei Hotel di ibu negara, hari ini.

Hadir pada majlis itu ialah Pengurus Besar Butra HeidelbergCement, Dennis Javier, Pengarah Projek BHC, Stuart Lee dan Ketua Eksekutif Kumpulan Mixmedia Group, Awang Azlan Ahmad.

Dalam ucapan alu-aluannya Awang Azlan menyuarakan penghargaannya kepada rakan perniagaan, pengiklan dan pihak yang menyokong majalah BHC sambil menegaskan BHC kini sudah bersedia untuk menerokai cabaran seterusnya yang melangkaui ruang lingkup gaya hidup dan tatarias rumah tangga, sebagai usaha untuk memuaskan cita rasa bahan bacaan masyarakat negara ini.

Sementara itu, Stuart Lee dalam ucapannya menegaskan objektif majalah itu ketika menerbitkan edisi pertamanya kira-kira tiga tahun lalu sebagai salah satu usaha program tanggungjawab sosial korporat Butra HeidelbergCement yang menyeluruh untuk mewujudkan Kempen Membangunkan Negara.

Beliau kini percaya majalah tersebut telah merubah perspektif budaya hidup dan seni tatarias rumah tangga di Negara Brunei Darussalam ekoran sudut rencana mengenai keindahan seni bina dan seni hias rumah milik penduduk tempatan yang menjadi fokus setiap edisi keluaran majalah bulanan itu.

(Dari Kiri) Amir Noor, Ju Law, Dennis Javier Stuart Lee, Azlan dan Hamdi Matussin memotong kek ulang tahun Majalah BHC.
(Dari Kiri) Amir Noor, Ju Law, Dennis Javier Stuart Lee, Azlan dan Hamdi Matussin memotong kek ulang tahun Majalah BHC.

Beliau turut meyakinkan para hadirin bahawa majalah BHC akan terus merungkaikan lebih banyak rahsia keindahan rumah-rumah yang terdapat di negara ini untuk tatapan pembaca, terutama mereka yang menggemari tatarias rumah tangga.

Majlis meraikan ulang tahun ketiga penerbitan majalah itu juga bagi sama-sama meraikan mereka yang menjadi tulang belakang dalam merealisasikan penerbitannya.

Kemuncak sambutan adalah upacara memotong tiga kek yang dihiasi dengan reka bentuk kulit depan majalah BHC oleh Dennis Javier, Stuart Lee, Awang Azlan Ahmad dan Editor Majalah BHC, Awang Amir Noor.

ARTIKEL YANG SAMA