Majalah Marie Claire keluaran November disekat di Thailand

Majalah Marie Claire keluaran November disekat di Thailand

BANGKOK, 11 April (dpa) – Keluaran November majalah Marie Claire telah diharamkan di Thailand, menurut laporan berita hari ini.

Edisi Perancis majalah gaya hidup itu mengandungi satu artikel berunsur fitnah ke atas kerabat diraja, kata polis Thailand.

Semua salinan majalah di Thailand itu telah dimusnahkan dan pengimportan, penjualan dan pengedaran majalah berkenaan adalah dilarang, menurut saluran berita ThaiPBS.

Sejak berkuasa pada Mei 2014, kerajaan tentera Thailand telah berpegang kuat mempertahankan monarki yang dihormati secara tradisional itu.

Ia telah menggunakan undang-undang ketat lese-majesty untuk mendakwa sesiapa yang mengkritik raja dan bakal pemimpin.

Pada Disember, dua edisi International New York Times telah ditapis kerana mengandungi artikel yang mengatakan monarki dan keturunannya.

ARTIKEL YANG SAMA