Majalah Motoring BN diterbitkan bulan depan

Majalah Motoring BN diterbitkan bulan depan

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Jun – Majalah Motoring BN yang menumpukan kepada dunia permotoran akan diterbitkan di bawah CONFEX dengan 15,000 salinan setiap suku bermula bulan depan.

Semasa sidang media di Restoran RMS Portview, di sini, hari ini, Penerbit Motoring BN, Awang Izam Said berkata majalah berkenaan menumpukan kepada trend dan berita terkini mengenai keluaran kereta dan motosikal terbaru dari perspektif tempatan.

“Kami bersedia untuk menjadi majalah pertama terbesar untuk dijual di Negara Brunei Darussalam, dengan pelaburan tinggi dalam pencetakan membolehkan kami membesar untuk mencapai lebih ramai pembaca dan peredaran,” katanya.

Pelancaran majalah berkenaan pada bulan depan akan diumumkan melalui media sosial Facebook dan Instagram.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang www.confex-mice.com/motoringbn/subscribe.

Penerbit Motoring BN, Awang Waleed Mahdini (kiri), Aawang Izam Said dan Timbalan Penerbit Motoring BN, Tracy Ramantan (kanan) semasa sidang media, kelmarin.
Penerbit Motoring BN, Awang Waleed Mahdini (kiri), Aawang Izam Said dan Timbalan Penerbit Motoring BN, Tracy Ramantan (kanan) semasa sidang media, kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA