Majalah travel 3Sixty° raikan isu ke-100

Majalah travel 3Sixty° raikan isu ke-100

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Majalah dalam penerbangan AirAsia, travel 3Sixty° yang telah memenangi pelbagai anugerah baru-baru ini telah mengadakan majlis sambutan bagi isu yang ke-100 bagi majalah tersebut, yang turut menandakan ulang tahun ke-8 bagi majalah yang telah berkembang hingga mencecah 3 juta pembaca bulanan.

Ahli Lembaga Pengarah AirAsia Berhad, Dato’ Aziz Bakar memperkenalkan kulit majalah travel 3Sixty° bagi sambutan isu yang ke-100 itu.

Penerbit Majalah travel 3Sixty° yang juga Pengerusi Eksekutif, AirAsia Berhad dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X, Datuk Kamarudin Meranun berkata, “Perjalanan bagi majalah dalam penerbangan ini amat menarik sejak ditubuhkan pada tahun 2007.

Dato’ Aziz Bakar (tiga kanan) bersama kakitangan syarikat penerbangan Air Asia.
Dato’ Aziz Bakar (tiga kanan) bersama kakitangan syarikat penerbangan Air Asia.

Saya berbangga melihat perkembangan majalah ini yang kini telah menjadi sebuah majalah yang anggun, bergaya dan informasi; dan juga merupakan satu-satunya majalah dalam penerbangan yang diaudit dan disahkan oleh Audit Bureau of Circulations of Malaysia (ABCM).”

“Misi utama majalah ini adalah untuk mempamerkan yang terbaik dalam percutian, budaya dan cara hidup dan kami mahu semua pembaca untuk terus mendapatkan pengalaman dan menikmati majalah ini melalui pelbagai media, iaitu melalui media cetak dan digital.

Satu pertandingan khas yang bertemakan ‘INVITE travel 3Sixty°’ turut diumumkan bersempena dengan isu ke-100 ini.

ARTIKEL YANG SAMA