Majdi, Halizzah juarai Perlawanan Skuasy

Majdi, Halizzah juarai Perlawanan Skuasy

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Ogos – Bersempena Pesta Sukan Sekolah-sekolah Politeknik Brunei, Kelab Squasy Politeknik Brunei baru-baru ini telah mengadakan Perlawanan Skuasy di Pusat Skuasy, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Sebanyak dua Kategori telah ditandingkan iaitu Kategori Lelaki Terbuka dan Kategori Perempuan Perseorangan. Seramai 11 peserta lelaki dan lapan peserta perempuan menyertai perlawanan tersebut.

Semasa perlawanan akhir, Kategori Lelaki Terbuka telah dimenangi oleh Muhammad Majdi bin Haji Ahmad apabila berjaya mengalahkan Muhammad Syafi’i bin Muhammad Hadi dengan mata 2-0. Sementara bagi Kategori Perempuan, Dayang Halizzah binti Sirat telah menewaskan Nurul Hayatin Syamilah binti Bahrin dengan mata 2-1.

Gambar peserta-peserta perlawanan Skuasy bersama para pemenang.
Gambar peserta-peserta perlawanan Skuasy bersama para pemenang.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pegawai Pusat Perkembangan Pelajar dan Innovasi (CSDI), Politeknik Brunei, Haji Ehwan bin Juned.

Perlawanan Skuasy diadakan bagi menyemarakkan lagi suasana Pesta Sukan Antara Sekolah-sekolah Politeknik Brunei disamping mengeratkan lagi hubungan sesama peserta-peserta perlawanan dan menggalakkan para pelajar untuk aktif dalam bidang sukan.