Majikan terus positif pengambilan pekerja akan meningkat

Majikan terus positif pengambilan pekerja akan meningkat

KUALA LUMPUR, 3 Okt – Majikan tempatan masih menaruh harapan dan terus positif bahawa pengambilan pekerja akan meningkat dalam tempoh beberapa bulan akan datang walaupun ringgit lemah.

Pengarah Urusan Monster.com – Asia Pasifik dan Asia Barat Sanjay Modi, menerusi satu kenyataan berkata pengambilan pekerja akan meningkat meskipun persekitaran ekonomi dunia tidak menentu.

“Menurut Bank Dunia, ekonomi Malaysia berkembang melepasi kadar purata, dan dijangkakan kekal kukuh walaupun kekangan ekonomi serantau.

Sektor yang dijangkakan terus mencatat pertumbuhan paling ketara ialah teknologi maklumat, perkilangan dan runcit,” kata Modi.

Mengenai pengambilan pekerja secara dalam talian di Malaysia, Indeks Monster Employment (MEI) terkini menunjukkan tahap pengambilan secara dalam talian Malaysia yang sebelum ini menyusut, semakin perlahan pada Ogos, yang menunjukkan pemulihan dalam landskap pekerjaan tempatan.

MEI, yang dikendalikan oleh Monster.com, laman pekerjaan dalam talian global, menunjukkan Malaysia mencatatkan penurunan -3 peratus pengambilan tahun ke tahun berbanding Ogos 2016 dan Ogos 2015. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA