Majlis Berbuka Puasa BASS di Sydney

Majlis Berbuka Puasa BASS di Sydney

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jun – Penuntut-penuntut Brunei yang terdiri daripada ahli-ahli Persatuan Rakyat Brunei Sekitar Sydney (BASS) dengan kerjasama Komuniti Islam di Universiti New South Wales (UNSW), Sydney, Australia, telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa beramai-ramai di universiti tersebut, baru-baru ini.

Para penuntut berkenaan telah berjaya mengumpul sumbangan sebanyak AUD $5,000 daripada pelbagai pihak untuk menganjurkan majlis berkenaan yang dihadiri kira-kira 400 mahasiswa UNSW dan juga penduduk komuniti Islam yang berdekatan di sana.

Selepas berbuka puasa, majlis turut diselajurkan dengan mengerjakan solat fardu Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah.

Suasana semasa Majlis Berbuka Puasa.
Suasana semasa Majlis Berbuka Puasa.

ARTIKEL YANG SAMA