Majlis bertadarus di Hospital PIHM

Majlis bertadarus di Hospital PIHM

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

TEMBURONG, 21 Jun – Sebagai salah satu aktiviti tahunannya sempena bulan Ramadan, Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Bertadarus di hospital-hospital seluruh negara, dengan tumpuan hari ini di Hospital Pengiran Isteri Hajah Mariam (PIHM), di Pekan Bangar.

Rombongan bertadarus kementerian itu telah diketuai oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusof.

Turut hadir ialah Penghulu Mukim Bangar, Haji Abdul Rahman bin Haji Merussin serta para pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan.

Majlis tadarus membaca ayat-ayat suci Al-Quran didahului oleh Yang Berhormat Pehin diikuti oleh para peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan kementerian, pegawai dan kakitangan Hospital PIHM serta para jemputan.

Majlis diselajurkan dengan bacaan tahlil dan doa arwah yang dipimpin oleh Guru Agama Hospital PIHM, Awang Salim bin Haji Tuah.

Yang Berhormat Pehin Haji Adanan mengetuai rombongan bertadarus kementeriannya di Hospital Pengiran Isteri Hajah Mariam, Pekan Bangar.
Yang Berhormat Pehin Haji Adanan mengetuai rombongan bertadarus kementeriannya di Hospital Pengiran Isteri Hajah Mariam, Pekan Bangar.
Yang Berhormat Pehin menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima di majlis itu.
Yang Berhormat Pehin menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima di majlis itu.

Di samping sama-sama menyemarakkan bulan Ramadan yang penuh rahmat dan berkat ini, majlis juga dihasratkan dapat mengeratkan silaturahim di antara warga Kementerian Kesihatan dengan para pegawai dan kakitangan Hospital PIHM, di sini.

Di majlis itu juga, lima pesakit di bawah pengawasan kesihatan Hospital PIHM turut menerima sumbangan berupa barang keperluan asasi dan wang tunai, yang disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin sebelum menunaikan sembahyang fardu Asar berjemaah di Surau Hospital PIHM.

ARTIKEL YANG SAMA