Majlis Bertadarus di Kampung Sukang

Majlis Bertadarus di Kampung Sukang

Oleh Hjh Saemah Kepli

 

SERAMAI kira-kira dua puluh orang yang terdiri daripada kalangan pegawai dan kakitangan Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Agama baru-baru ini telah mengadakan Majlis Bertadarus dan Solat Sunat Tarawih bersama-sama dengan saudara-saudara baru di Kampung Sukang Ulu Belait.

Turut Hadir bersama dengan rombongan tersebut ialah Pemangku Pengarah Pusat Dakwah Islamiah Ustaz Abdul Aziz bin Haji Abdul Kahar.

Memupuk pengetahuan saudara baru

Majlis tersebut diadakan antara lain adalah bagi memupuk pengetahuan saudara-saudara baru akan kelebihan memperbanyakkan amalan-amalan di bulan Ramadhan seperti memperbanyakkan membaca Al-Quran dan sebagainya.

Selain itu ia juga adalah usaha untuk mengeratkan lagi silaturahim bersama dengan saudara-saudara baru di kawasan pedalaman.

Hadir sama dalam rombongan bertadarus Pusat Dakwah Islamiah ke Kampung Sukang ialah Pemangku Pengarah Pusat Dakwah Islamiah Ustaz Abdul Aziz bin Haji Abdul Kahar.
Hadir sama dalam rombongan bertadarus Pusat Dakwah Islamiah ke Kampung Sukang ialah Pemangku Pengarah Pusat Dakwah Islamiah Ustaz Abdul Aziz bin Haji Abdul Kahar.

ARTIKEL YANG SAMA