Majlis Bertadarus Jabatan Perdana Menteri

Majlis Bertadarus Jabatan Perdana Menteri

Oleh Syahmi Hassan

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jun – Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya iaitu Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Adat Istiadat Negara, dan Institut Perkhidmatan Awam dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, hari ini, telah mengadakan Majlis Bertadarus bagi Tahun 1437H/2016M di masjid berkenaan, di Kampung Jerudong.

Hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Hakim Syar’ie, Yang Amat Arif Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Salim bin Haji Besar; Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Suhaili bin Haji Mohiddin; hakim-hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Yang Arif Dato Seri Setia Haji Metussin bin Haji Baki, Yang Arif Dato Seri Setia Haji Zaimi bin Haji Talip dan Yang Arif Pengiran Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hasan.

Majlis telah dimulakan dengan penyampaian wakaf berupa dua kabinet bagi penyimpanan Mushaf dan satu alat pembesar suara mudah alih (portable P. A. System) kepada masjid berkenaan hasil kutipan derma daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Adat Istiadat Negara dan Institut Perkhidmatan Awam, yang telah disampaikan oleh Ketua Hakim Syar’ie.

Yang Amat Arif Pehin Ustaz Haji Awang Salim dan Yang Dimuliakan Pehin Ustaz Haji Awang Suhaili ketika menghadiri majlis Bertadarus.
Yang Amat Arif Pehin Ustaz Haji Awang Salim dan Yang Dimuliakan Pehin Ustaz Haji Awang Suhaili ketika menghadiri majlis Bertadarus.
Ketua Hakim Syar’ie 1menyampaikan barang wakaf kepada imam Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Jerudong.
Ketua Hakim Syar’ie 1menyampaikan barang wakaf kepada imam Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Jerudong.

Acara kemudian diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan majlis bertadarus yang dimulakan oleh Yang Amat Arif Pehin Ustaz Haji Awang Salim.

Selesai majlis bertadarus, acara diteruskan lagi dengan bacaan Tahlil, Doa Arwah dan Doa Selamat sebelum para hadirin beredar ke ruang jamuan bagi acara berbuka puasa, dan juga Solat fardhu Maghrib berjemaah.