Majlis Bertadarus Yayasan

Majlis Bertadarus Yayasan

Oleh Yusrin Junaidi

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Jun – Adalah menjadi satu kelaziman bagi mana-mana pihak kerajaan, sektor swasta, persatuan dan orang perseorangan di negara ini mengadakan majlis-majlis keagamaan sempena bulan Ramadan bagi menyemarakkan lagi bulan yang penuh keberkatan ini.

Sehubungan itu, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) hari ini mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena bulan Ramadan yang juga merupakan salah satu daripada aktiviti tahunan Yayasan.

Berkenan berangkat ke majlis tersebut ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik selaku Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan.

Majlis bermula dengan bacaan 30 Juzuk Al-Quran yang terdiri daripada mualim dan pelajar Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) diikuti dengan Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Bertahlil yang dipimpin oleh mualim ITQSHHB, Awang Mohd Hashim bin Haji Abdullah. Bacaan Tahlil diketuai oleh mualim ITQSHHB, Haji Khairul Manan bin Haji Hawafi.

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik ketika berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran Yayasan.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik ketika berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran Yayasan.
Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik ketika menunaikan solat fardhu Maghrib berjemaah.
Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik ketika menunaikan solat fardhu Maghrib berjemaah.

Doa Khatam pula dibacakan oleh Ketua Hakim Syarie, Mahkamah Syariah, Yang Amat Arif Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Salim bin Haji Besar, dan seterusnya diselajurkan dengan majlis berbuka puasa dan solat fardhu Maghrib berjemaah.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman; Timbalan Pengerusi I Lembaga Pengarah Yayasan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim; Timbalan Pengerusi II Lembaga Pengarah Yayasan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong; dan ahli-ahli Lembaga Pengarah Yayasan; ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-anak Yatim; para pegawai dan kakitangan Yayasan serta guru-guru Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

ARTIKEL YANG SAMA