Majlis bertahlil dan bersungkai bersama jiran

Majlis bertahlil dan bersungkai bersama jiran

MAJLIS bertahlil doa arwah dan bersungkai bersama jiran-jiran di simpang 115-18 RPN jalan Binglu Barat, Teres Kampung Tanah Jambu telah diadakan baru-baru ini.

Bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan, acara ini diadakan untuk mendoakan kepada keluarga terdekat terutama sekali kepada ibu bapa serta mengeratkan lagi tali silaturahim di antara jiran-jiran tetangga. Majlis berkenaan telah dipengerusikan oleh Awang Rosman bin Haji Mohd Kamis dan turut hadir di dalam majlis berkenaan dan juga selaku penasihat majlis ialah Mejar Bersara Awang Ali Zambri bin Haji Abdul Latip.

Pengerusi majlis Awang Rosman Bin Haji Mohd Kamis.
Pengerusi majlis Awang Rosman Bin Haji Mohd Kamis.

ARTIKEL YANG SAMA