Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja

Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja

Oleh Salawati Haji Yahya & Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Jun – Majlis bertahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit sempena bulan Ramadan ini terus diadakan oleh pelbagai pihak seperti rombongan Penerbangan Diraja Brunei (RB), hari ini.

Hadir pada majlis di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong itu ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Haji Bahrin bin Abdullah selaku Pengerusi RB.

Turut hadir ialah ahli-ahli Lembaga Pengarah RB, para pengurus kanan dan kakitangan RB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil yang dipimpin oleh Imam Masjid Mohamed Bolkiah, Serusop, Haji Muslim bin Haji Abdul Razak

Yang Berhormat Dato Paduka Haji Ali bersama rombongan KSSUP hadir semasa Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong. – Gambar oleh Achong Tanjong
Yang Berhormat Dato Paduka Haji Ali bersama rombongan KSSUP hadir semasa Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong. – Gambar oleh Achong Tanjong
Yang Berhormat Dato Paduka Haji Bahrin antara yang menyertai rombongan Penerbangan Diraja Brunei (RB) dalam majlis tahlil di Kubah Makam Diraja kelmarin.
Yang Berhormat Dato Paduka Haji Bahrin antara yang menyertai rombongan Penerbangan Diraja Brunei (RB) dalam majlis tahlil di Kubah Makam Diraja kelmarin.

Sementara itu, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) dan jabatan-jabatan di bawahnya turut mengadakan majlis seumpamanya baru-baru ini.

Rombongan seramai 150 orang kementerian berkenaan telah diketuai oleh Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Paduka Haji Ali bin Haji Apong dan turut hadir ialah Setiausaha Tetap di KSSUP, Dr. Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin dan Timbalan Setiausaha Tetap, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali. Bacaan Surah Yasin dan Tahlil di majlis itu telah dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Mohamed Bolkiah, Awang Mohd Amin bin Haji Salim.

ARTIKEL YANG SAMA