Majlis Dikir zahir rasa syukur Hari Keputeraan

Majlis Dikir zahir rasa syukur Hari Keputeraan

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Ogos – Bagi memeriahkan Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-69 tahun, Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Kilanas dengan kerjasama Majlis Perundingan Kampung (MPK) Kilanas menganjurkan Majlis Dikir Syarafil Annam bermula baru-baru ini.

Majlis yang diadakan selama lima hari berturut-turut di Masjid Kampung Kilanas itu turut dihadiri Setiausaha Tetap Undang-Undang dan Kesejahteraan, Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Haji Mohd Juanda bin Haji Abdul Rashid.

Majlis diserikan dengan persembahan Dikir Assalamu’alaika oleh jemaah dan ahli jawatankuasa takmir Masjid Kampung Kilanas dan MPK Kilanas serta rombongan dikir Biro Mencegah Rasuah dan pasukan dikir Masjid Kampung Bunut.

Ia merupakan projek tahunan yang bertujuan untuk menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T atas sambutan hari keputeraan raja yang dikasihi dan mengisikannya dengan acara-acara keagamaan bagi peringkat Masjid Kampung Kilanas.

Majlis Dikir Syarafil Annam akan diadakan selama lima hari berturut-turut di Masjid Kampung Kilanas.
Majlis Dikir Syarafil Annam akan diadakan selama lima hari berturut-turut di Masjid Kampung Kilanas.

ARTIKEL YANG SAMA